7/06/2008

Ag Thomas Dicalonkan ALK ANGKASA Sabah 2008

En. Ag Thomas Haji Atahi, Pengerusi Koperasi Temasa Berhad dicalonkan merebut 4 tempat ALK ANGKASA yang akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 23 Ogos 2008 di Tang Dynasti Hotel, Kota Kinabalu. Difahamkan pencalonan beliau adalah di atas kelantangan beliau dalam menyuarakan pelbagai perkara. Beliau juga aktif di dalam 12 lagi badan sukarela antarnya ialah sebagai Bendahari Kehormat Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Setiausaha Agung Dewan Perdagangan dan Perindustrian Rumpun Melayu, Presiden Majlis Teater Negeri Sabah, AJK TEMA Kebangsaan dan lainnya.

7/05/2008

Birokrasi Membunuh Koperasi

Banyak Koperasi di Sabah khasnya hidup segan mati tak mahu. Pelbagai cerita yang menarik kita dengar mengenai insentif kerajaan terhadap koperasi. Namun dakalanya ianya cuma indah khabar dari rupa disebabkan karena birokrasi. Pengalaman kami berurusan mendapatkan status pengitirafan bumiputera dengan pihak kementerian dan sijil pendaftaran dengan CIDB beberapa lagi agensi misalnya cukup susah. Itu dan ini diminta. Akhirnya saya disyorkan untuk mendaftar sebagai syarikat perseorangan di mana ianya lebih mudah berbanding dengan koperasi. Begitu juga halnya dengan proses permohonan bantuan atau pinjaman TMP cukup payah ada diantaranya yang mengambil masa bertahun lamanya untuk mendapat kelulusan. Tapi jika kita bandingkan dengan NGO's belia atau kebudayaan yang mana tidak sampai tiga bulan mereka mendapat kelulusan dari pihak kementerian. Jadi SKM wajar memperhaluis perkara ini jangan hanya bertukar nama tapi perkhidmatan masih ditakuk lama.

6/28/2008

Surat Layang Dari Angkasa Terus Berterbangan

Percaya atau tidak surat dari Angkasa terus berterbangan buat kesekalian kalinya. Sudah dua tahun surat layang dari Angkasa mengunjung koperasi yang menjadi ahlinya. Setiap kali menjelang mesyuarat agung maka ahli akan menerima surat layang mendedahkan kesalahan ALKnya. Saya hairan kenapa perkara tersebut (perkara pecah amanah, salah guna kuasa dll) tidak dikemukakan ke pihak JPK (SKM) ?

5/08/2008

TMP Indah Khabar Dari Rupa ?

Benarkah Tabung Modal Pusingan (TMP) sekadar indah khabar dari rupa ? Saya seringkali berkesempatan menghadiri taklimat berkenaan TMP, cukup indah dan menjadikan warga koperasi tidak sabar-sabar untuk memohonnya akan tetapi bila kita tanya dengan rakan-rakan yang lain yang pernah memohon maka jawapannya agak menyedihkan. Ini diakui oleh kalangan pegawai SKM sendiri yang tidak menggalakan warga koperasi meminjam dgn TMP kerana munurut mereka prosesnya terlalu lama di mana bukan sahaja diproses di ibu pejabat merentas laun china selatan malahan juga pegawai TMP dari ibu pejabat akan datang sendiri memeriksa koperasi yang memohon begitu juga proses mengutip hutang TMP. Jadi padanlah koperasi dari Sabah terlalu sukar mendapatkan TMP walaupun sessi taklimatberulang kali yang cukup enak didengar tapi tuhan saja yang tahu (memetik kata seorang pengerusi yang pernah memohon TMP)...